Biz-2u

Isnin, 22 Oktober 2012

Cara buat duit di komputer dari rumah


MENGAJAR KOMPUTER DI RUMAH

Cara pertama: Mengajar komputer di rumah, dengan kemampuan ibubapa membelikan komputer untuk anak-anak mereka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer di rumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil beberapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah (asas) di bawah RM1000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan matapelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian komputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.
 cara ke dua:Menyediakan artikal atau menulis buku panduan
Di sini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari / minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hampir semua perkara boleh dijadikan topik atau tajuk.

Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan di dalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun di dalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.
Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos / cek / terus masukkan ke dalam akaun bank anda ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. 
Cara ke tiga: Agen dan sumber maklumat.
Anda bolehlah mendapatkan alamat lengkap dan nombor talipon dari agensi kerajaan atau suasta dalam dan luar negara.Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor telefon dan alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal di kawasan perumahan, pangsapuri, kondominium atau kampung, anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian telefon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian telefon supaya tidak diganggu oleh talian telefon yang digunakan untuk panggilan ke rumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan anda kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.
Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan ke dalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil di antara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, telefon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.
Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telefon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersil ataupun perniagaan, dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.
Ke empat: bisnes dari meja penerbitan komputer anda.
Dengan menggunakan perisian seperti MS Office, Page Maker, Corel Draw, Photoshop, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar / grafik, menulis teks, merekabentuk iklan, brosur, katalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, kad jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil dan resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebagainya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada di mana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat di mana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan atau surau di sekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai sambungan internet pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos (sewa peti surat), alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus ke rumah anda.
 ok, semoga anda berjaya.....selamat mencuba..........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan